Soalan Lazim
Akaun individu yang didaftar di bawah kategori “Others” perlu disemak untuk dipindahkan ke bawah kategori akaun Personnel atau Personnel Contract Staff atau Personnel with Designation Mailbox. Manakala Akaun jabatan yang didaftar di bawah kategori “Others” perlu disemak untuk dipindahkan ke bawah kategori Others.
Meja Bantuan akan pindahkan akaun yang tidak mendapat pengesahan UC Admin ke sub OU-NA pada 1 Februari 2024.
Perkhidmatan MyGovUC 3.0 tidak menyokong penggunaan aplikasi lain selain aplikasi yang tersedia bagi Google Workspace (GWS). Sekiranya pengguna menggunakan aplikasi daripada platform lain selain GWS, pengguna hendaklah mencari solusi sendiri bagi masalah yang dihadapi tersebut. Ini kerana khidmat sokongan teknikal bagi Perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah terhad kepada platform sedia ada yang digunakan oleh perkhidmatan ini.
Data di Google Drive pengguna tidak akan hilang semasa peralihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0.
Agensi perlu mengemukakan jumlah anggaran pegawai kontrak tersebut dalam maklumat waran perjawatan yang diminta oleh Pasukan Projek MyGovUC agar kuorta lesen secukupnya dapat diberikan kepada agensi.
Pegawai kontrak lantikan Kerajaan adalah layak untuk menggunakan Perkhidmatan MYGovUC 3.0. Akaun pegawai tersebut boleh didaftarkan di bawah Kategori 'Personnel Contract Staff'
Ya, boleh dengan menggunakan kategori 'Personnel with Designation Mailbox'.