Penghantaran Fail Bersaiz Besar

Kemudahan perkongsian fail saiz besar melalui storan Google Workspace (GWS) berkapasiti 1TB disediakan bagi menyokong penyelarasan data secara masa nyata merentas pelbagai peranti dan platform. Sistem ini memperkasakan kolaborasi pasukan melalui pemacu kongsi yang selamat, keupayaan penghantaran dokumen kepada penerima secara serentak, serta pemantauan aktiviti melalui log transaksi dan pengurusan versi dokumen yang komprehensif bagi memastikan tadbir urus fail dilaksanakan secara sistematik dan efisien.

Ciri-ciri Perkongsian Fail Bersaiz Besar (Drive)

Penghantaran & Perkongsian

Penyediaan perkhidmatan untuk memudahkan penghantaran dan perkongsian fail/dokumen melalui storan awan termasuk kebolehan menghantar fail kepada lebih daripada seorang penerima.

Kolaborasi Drive Pasukan

Drive digunakan untuk menyimpan semua kerja pasukan dalam ruang kongsi yang selamat dan mudah diurus. Sebarang fail dimiliki secara bersama oleh pasukan untuk mengikuti perkembangan terkini.

Kumpulan Perbincangan

Fasiliti untuk membina kumpulan perbincangan khusus (Chat Room) bagi peserta yang terlibat dalam projek atau pasukan tertentu.

Akses & Penyimpanan Fail

Kebolehan untuk menyimpan dan akses fail pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 216,982
Tarikh Kemaskini : 3 Mei 2026
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.