Perkhidmatan Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)
Perkhidmatan perbualan secara berkumpulan membolehkan pengguna berhubung dalam talian secara individu atau berkumpulan. Perkhidmatan ini dilengkapi dengan tahap keselamatan standard industry bagi membolehkan pasukan berkomunikasi secara bersepadu dalam persekitaran digital yang selamat. Perkhidmatan ini juga berupaya menyimpan sejarah chat, perkongsian fail, pembahagian tugas dalam kumpulan dan membuat persidangan video secara terus dengan pasukan kerja.
Status Kehadiran
Dilengkapi paparan status kehadiran (presence) membolehkan anda mengetahui ketersediaan rakan sekerja secara langsung.
Kumpulan Perbincangan
Fasiliti untuk membina kumpulan perbincangan khusus (Chat Room) bagi peserta yang terlibat dalam projek atau pasukan tertentu.
Perbualan Real-time
Penyampaian mesej yang pantas dan lancar membolehkan pertukaran maklumat berlaku secara real-time tanpa lengah.
Notifikasi Amaran
Sentiasa peka dengan maklumat terkini. Dilengkapi dengan fungsi notifikasi amaran (alerts notifications) untuk mesej baharu.