Sistem E-mel
Sistem e-mel ini menawarkan penyelesaian pengurusan komunikasi yang komprehensif dengan mengintegrasikan fungsi Global Contact , Distribution List serta perkongsian kalendar dan dokumen yang diperkukuh dengan kapasiti storan sebanyak 1 TB. Sistem ini menyokong produktiviti melalui keupayaan e-mel offline, draf serentak serta pengurusan label bersarang (nesting of labels) bagi mengelakkan pertindihan data. Selain menggunakan protokol SMTP dan penyelarasan data merentas peranti, sistem ini turut mengutamakan keselamatan melalui ciri Confidential Mode fungsi arkib automatik. Di samping itu, sistem ini dilengkapi ciri carian standard Google Mail yang membolehkan tapisan terperinci mengikut pengirim, saiz, tarikh dan lampiran bagi memastikan pengurusan maklumat yang efisien.
Akses E-mel Luar Talian
E-mel offline membolehkan pengguna membaca, membalas, memadam dan mencari mesej tanpa perlu sambungan internet pada bila-bila masa.
Protokol Penghantaran SMTP
Menggunakan aplikasi Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) yang stabil untuk urusan mengirim dan menyampaikan e-mel antara pengirim dan penerima.
Kolaborasi Draf Serentak
Mempunyai keupayaan untuk pengguna menyediakan draf e-mel secara serentak melalui fungsi e-mel (built-in) yang kolaboratif.
Perkongsian Dokumen
Sokongan penuh untuk fungsi memuat naik dan berkongsi dokumen secara terus melalui platform e-mel dengan mudah dan pantas.
Kalendar & Perkongsian
Menyokong fungsi kalendar peribadi dan kumpulan serta kebolehan perkongsian jadual bagi memudahkan koordinasi aktiviti pasukan.
Mod Sulit (Confidential)
E-mel dalam Confidential Mode boleh dicetak, dimajukan atau diubah serta boleh ditetapkan tarikh luput untuk keselamatan data sensitif.
Storan Kapasiti Tinggi
Setiap pengguna dibekalkan dengan saiz stroan yang sangat luas sebanyak satu (1) TB untuk simpanan data jangka panjang.
Carian Pintar & Terperinci
Memenuhi standard Google Mail dengan fungsi carian mengikut kriteria khusus seperti pengirim, penerima, tajuk, saiz, tarikh, kata kunci dan lampiran.