Persidangan Dalam Talian

Persidangan dalam talian menyediakan platform kolaborasi audio-visual yang menyokong sehingga 500 pengguna serentak dan 10,000 peserta live streaming melalui akses web mahupun aplikasi. Selain dilengkapi ciri penjadualan dan perkongsian dokumen interaktif, sistem ini memudahkan rujukan masa hadapan melalui fungsi rakaman automatik lapan (8) jam yang disimpan terus ke dalam Drive. Bagi memenuhi piawaian keselamatan kerajaan, platform ini menjamin perlindungan data melalui enkripsi mandatori dengan penyimpanan rekod secara on-premise di Pusat Data Sektor Awam (PDSA).

Ciri-ciri Persidangan Dalam Talian (Meet)

Fasiliti Persidangan Lengkap

Menyokong audio, video, instant messaging dan perkongsian skrin dalam satu platform bersepadu MyGovUC 3.0

Aksesibiliti Fleksibel

Persidangan boleh dicapai dengan mudah melalui pelayar web mahupun aplikasi mudah alih, serta membenarkan penyertaan sebagai Guest.

Kawalan & Rakaman Sesi

Dilengkapi fungsi rakaman sehingga lapan (8) jam yang disimpan automatik ke Drive serta kawalan penuh penganjur terhadap penyertaan peserta.

Kapasiti Tinggi & Live Stream

Menyokong sehingga 500 pengguna serentak untuk sesi interaktif dan mencapai 10,000 peserta bagi fungsi live streaming.

Kolaborasi Skrin Pintar

Kemudahan shared screen yang membolehkan proses menyunting dan berkongsi dokumen dilakukan secara terus bersama perserta persidangan.

Keselamatan Data & Enkripsi

Secara default, setiap komunikasi dan data persidangan yang melalui internet dilindungi sepenuhnya dengan sistem enkripsi (encrypted).

Penyimpanan Data Patuh Syarat

Menjamin keselamatan data dengan storan on-premise di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) bagi data yang melalui internet.

Penjadualan & Jemputan

Fungsi penjadualan pintar yang membolehkan penganjur memilih dan memasukkan ahli jemputan secara teratur bagi setiap sesi.

LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 216,982
Tarikh Kemaskini : 3 Mei 2026
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.