MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di JDN. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio dan chat. Perkhidmatan MyGovUC yang dilaksanakan secara Software as a Service (SaaS) merangkumi dua skop perkhidmatan iaitu:
1. Perkhidmatan Software as a Service (SaaS)
2. Perkhidmatan Aplikasi Sokongan
Mengenai MyGovUC
Mengenai MyGovUC
Perkhidmatan Software as a Service (SaaS)
i. Sistem E-mel
ii. Persidangan Dalam Talian (Meet)
iii. Penghantaran Fail Bersaiz Besar (Drive)
iv. Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)
ii. Persidangan Dalam Talian (Meet)
iii. Penghantaran Fail Bersaiz Besar (Drive)
iv. Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)
Perkhidmatan Aplikasi Sokongan
i. Portal Rasmi MyGovUC
ii. Perkhidmatan Mail Relay
iii. Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
iv. Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT)
ii. Perkhidmatan Mail Relay
iii. Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
iv. Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT)
Mengapa MyGovUC Dilaksanakan?
MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC, Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Jaminan Tahap Perkhidmatan MyGovUC
1. Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan SaaS adalah 99.9%.
2. Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan Aplikasi Sokongan MyGovUC 3.0 mematuhi SLA yang ditetapkan iaitu 99.5%.
2. Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan Aplikasi Sokongan MyGovUC 3.0 mematuhi SLA yang ditetapkan iaitu 99.5%.
Komunikasi Bersepadu
Komunikasi bersepadu MyGovUC adalah bermaksud perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian dan perbualan secara berkumpulan.
E-mel
Sistem E-mel merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Pengguna boleh mencapai perkhidmatan e-mel melalui desktop/laptop atau telefon bimbit pengguna.
Pelaksanaan Projek
Pelaksanaan projek MyGovUC mengambil kira kriteria penting berikut:
1. Perkhidmatan Meja Bantuan disediakan 24/7.
2. Berada dalam rangkaian Kerajaan yang selamat.
3. Dilaksanakan secara managed services oleh pembekal perkhidmatan.
1. Perkhidmatan Meja Bantuan disediakan 24/7.
2. Berada dalam rangkaian Kerajaan yang selamat.
3. Dilaksanakan secara managed services oleh pembekal perkhidmatan.