Soalan Lazim
Ya, fungsi perkongsian fail secara atas talian tersedia untuk memudahkan pengguna mencipta, mengemaskini dan berkolaborasi bersama rakan sekerja.
Perkhidmatan MyGovUC 3.0 menawarkan fungsi Google Chat untuk memudahkan pengguna berhubung secara dalam kumpulan atau secara perseorangan.
Pasukan Meja Bantuan MyGovUC 3.0 melalui saluran berikut:
- E-mel ke mejabantuan@mygovuc.gov.my
- Telefon di talian +603-8684 8484
- Chat menggunakan aplikasi Fresh Service.
Kapasiti penyimpanan Shared Drive boleh ditetapkan mengikut saiz tertentu.
Jika pengguna melakukan filter 'Skip Inbox', e-mel akan kekal berada di dalam folder/label 'All Mail' sekiranya Label tersebut dipadam. Namun, sekiranya pengguna inginkan e-mel tersebut berada di dalam 'Inbox', maka pengguna perlu klik pada butang 'Move to Inbox'.
Ya, data dan e-mel pengguna yang terlibat dengan peralihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan dibawa bersama.
Ya. Emel jabatan tersebut perlu menggunakan group email. Ahli group boleh menggunakan fungsi "send mail as" untuk menghantar e-mel menggunakan alamat e-mel jabatan. Ahli group adalah pegawai-pegawai yang menguruskan maklum balas yang diterima daripada portal melalui e-mel jabatan tersebut.
Email Alias adalah e-mel alternatif atau e-mel kedua pengguna. E-mel yang dihantar kepada primary email dan email alias akan diterima di dalam satu mailbox yang sama. Pengguna juga boleh membuat pilihan untuk menghantar e-mel menggunakan primary email atau email alias.
Jika pengguna memohon semula untuk menggunakan e-mel, e-mel tersebut perlu diwujudkan semula. Pengaktifan semula akaun e-mel yang telah dipadamkan boleh dibuat dalam masa 20 hari sahaja selepas akaun dipadamkan.
Akaun individu yang didaftar di bawah kategori “Others” perlu disemak untuk dipindahkan ke bawah kategori akaun Personnel atau Personnel Contract Staff atau Personnel with Designation Mailbox. Manakala Akaun jabatan yang didaftar di bawah kategori “Others” perlu disemak untuk dipindahkan ke bawah kategori Others.
Meja Bantuan akan pindahkan akaun yang tidak mendapat pengesahan UC Admin ke sub OU-NA pada 1 Februari 2024.