Soalan Lazim
Peralihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 kepada Perkhidmatan MyGovUC 3.0 merangkumi perkara berikut:
- Malaysia Secured Cell Unified Communication (MySCUC) digantikan dengan Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT)
- Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS) digantikan dengan Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
- Portal Rasmi MyGovUC 2.0 digantikan dengan Portal Rasmi MyGovUC 3.0
- Learning Management System (LMS) ditamatkan
Fungsi Share Drive masih belum diaktifkan dan Pasukan Projek MyGovUC masih meneliti faktor keselamatan pengaktifan fungsi ini.
Ya, pemindahan pemilikan dokumen di Google Drive boleh dilakukan melalui fungsi 'transfer ownership'. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan kepada ahli kumpulan e-mel, pemindahan pemilikan dokumen perlu dilakukan kepada ahli baharu tersebut.
Peralihan ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah transparent kepada pengguna. Aktiviti migrasi ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan dilakukan oleh Pasukan Projek MyGovUC dan tidak akan melibatkan pengguna.
Garis panduan untuk setting e-mel dan alias e-mel boleh dirujuk melalui pautan : https://mygovuc.gov.my/portal-main/downloads?category=mygovuc2&search_keyword=group
Ya. Semua kandungan di dalam Google Drive di Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan dibawa ke Perkhidmatan MyGovUC 3.0. Proses migrasi adalah transparent kepada pengguna.
Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan. Aktiviti migrasi ini penting bagi memastikan kesinambungan Perkhidmatan MyGovUC dan fungsi bisnes di Kementerian/Agensi tidak terjejas.
Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan berakhir tempohnya pada 13 Februari 2024 dan Perkhidmatan MyGovUC 3.0 akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 14 Februari 2024.
Kontrak Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah selama 60 bulan.
Perkhidmatan MyGovUC 2.0 diuruskan oleh Syarikat PERNEC Integrated System Sdn Bhd. Manakala, Perkhidmatan MyGovUC 3.0 diuruskan oleh Syarikat Redtone Engineering & Network Services Sdn. Bhd (RENSSB). Platform yang digunakan bagi Perkhidmatan MyGovUC 2.0 dan Perkhidmatan MyGovUC 3.0 adalah Google WorkSpace (GWS).