Soalan Lazim

Agensi manakah yang boleh memohon dan menggunakan Perkhidmatan MyGovUC 3.0?

Merujuk kepada Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam (PTPA) Bilangan 3 Tahun  2017 Government Unified Communication (1GovUC), perkhidmatan MyGovUC 3.0 ditawarkan kepada semua Kementerian, Jabatan Persekutuan, Agensi Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan yang sistem saraannya tidak diasingkan.

Dimanakah maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan MyGovUC 3.0 boleh diperolehi?

Maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan MyGovUC 3.0 boleh diperolehi melalui laman sesawang di https://mygovuc.gov.my

Sekiranya pegawai yang sudah bersara, bolehkah Pentadbir UC menghapuskan akaun e-mel pegawai tersebut?

Ya, Pentadbir UC boleh menghapuskan akaun e-mel pegawai tersebut melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP).

Tahap keselamatan dan dasar penyimpanan
Bil Soalan Jawapan
1 Adakah platform baru MyGovUC 3.0 selamat untuk digunakan Ya, platform baru MyGovUC 3.0 adalah selamat digunakan tertakluk kepada tatacara penggunaan pengguna terhadap perkhidmatan ini.
2 Apakah tahap keselamatan dan dasar penyimpanan yang terpakai sekiranya data yang mengandungi maklumat sensitif atau sulit (contohnya nombor kad pengenalan kakitangan/pesakit) disimpan melalui perkhidmatan MyGovUC 3.0 seperti Google Drive dan Google Sheet ? a. Pematuhan terhadap Garis Panduan Tadbir Urus Perkhidmatan MyGovUC dan Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)Dalam Perkhidmatan Awam melibatkan perkara berikut: - Sekiranya maklumat adalah bertaraf Rasmi seperti Personally Identifiable Information (PII) (maklumat pengenalan peribadi), khususnya yang berisiko tinggi terhadap keselamatan, maka maklumat ini mestilah diproses dalam private cloud yang dibenarkan oleh Kerajaan sahaja (secara on-premise atau off-premise yang dibangunkan/dikendalikan oleh Kerajaan). - Perkhidmatan MyGovUC 3.0 menggunakan model Software as a Service (SaaS) melalui platform Google Workspace (GWS) yang hanya membenarkan data terbuka sahaja disimpan.

b. Teknologi keselamatan di Perkhidmatan MyGovUC 3.0 - GWS untuk Perkhidmatan MyGovUC 3.0 menggunakan teknologi penyulitan TLS v1.3 untuk penghantaran (HTTPS), enkripsi data statik dan sandaran, serta kawalan akses berlapis iaitu Multi-Factor Authentication (MFA). - Sistem Penghantaran Dokumen Sulit & Terhad (SPDT) yang ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam disediakan untuk perkongsian dokumen rasmi berstatus SULIT atau TERHAD melalui e-mel. SPDT menggunakan teknologi enkripsi Advanced Encryption Standard 256-bit (AES-256) bagi penghantaran data.
3 Lokasi penyimpanan data yang disimpan dalam aplikasi MyGovUC 3.0 a. Perkhidmatan SaaS: Google Workspace (Drive, Sheets, Doc, Slides, Gmail dan Gemini AI): Residensi data adalah secara offshore (luar negara) kerana data ini diproses dan disimpan di pusat data Google yang berada di luar Malaysia (Asia-Pasifik).

b. Perkhidmatan Aplikasi Sokongan MyGovUC (SPDT, Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP) dan Sistem Pengurusan Mail Relay - On Premise (Pusat Data Sektor Awam (PDSA)): Residensi data adalah secara onshore (dalam negara) iaitu di Pusat Data Sektor Awam yang dikawal oleh Jabatan Digital Negara.
Bolehkah personel MyStep, kakitangan lantikan sambilan & ahli Lembaga Pengarah (bukan penjawat awam) diberikan akaun e-mel MyGovUC?

Pegawai Kontrak lantikan Kerajaan sahaja yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan MyGovUC 3.0

Adakah Pentadbir UC perlu mencipta akaun e-mel yang baharu dibawah kategori akaun 'Others'? E-mel akaun 'Others' yang sedia ada perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum akaun Kumpulan E-mel (Group Email) diwujudkan?

Garis Panduan Tadbir Urus Perkhidmatan MyGovUC 3.0 menyatakan di bawah Klausa 4.1.1 (b) bahawa "Pendaftaran akaun personel pengguna bagi tujuan kegunaan beberapa orang pegawai adalah TIDAK DIBENARKAN. Agensi Pelaksana hendaklah mendaftar Kumpulan E-mel (Group Email) bagi tujuan tersebut.".

Adakah Pentadbir UC boleh mewujudkan Kumpulan E-mel (Group Email)?

Ya, Pentadbir UC boleh mewujudkan Kumpulan E-mel (Group Email) melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)

LOKASI KAMI
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Fresh Service
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 150,446
Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi minimum 1366x768.