
DIGITAL GOVERNMENT AWARD
Anugerah Transformasi Digital Malaysia dianugerahkan oleh GovInsider untuk mengiktiraf usaha dan sumbangan individu dan agensi sektor awam ke arah inovasi dan transformasi digital. Jabatan Digital Negara dianugerahkan sebagai Pemenang– Anugerah Kerajaan Digital iaitu pengiktirafan ke atas usaha pelaksanaan dan pengurusan Perkhidmatan MyGovUC. Anugerah ini mengiktiraf usaha JDN dalam pendigitalan dan transformasi Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.