Mengenai MyGovUC 2.0

MyGovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.

Mengapa MyGovUC 2.0 Dilaksanakan?

MyGovUC 2.0 dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC 2.0.

Jaminan Tahap Perkhidmatan MyGovUC 2.0

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah 99.9% untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC 2.0 di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA).