Portal Rasmi MyGovUC 2.0

Portal Rasmi MyGovUC 2.0 berfungsi sebagai pusat sumber maklumat untuk pengguna-pengguna mendapatkan maklumat yang terkini daripada pihak MAMPU. Portal ini juga boleh digunakan sebagai medium penyebaran maklumat dan pengiklanan kepada para pengguna. Selain itu, ia juga memudahkan para pengguna untuk mengikuti hebahan, perkembangan dan aktiviti terkini pihak MAMPU.

Portal rasmi MyGovUC 2.0 menjadi platform penyampaian maklumat oleh pihak MAMPU. Pihak MAMPU akan menyediakan maklumat-maklumat yang hendak disampaikan kepada pengguna dengan memaparkan maklumat tersebut di dalam portal ini. Selain itu, Portal Rasmi MyGovUC 2.0 ini juga akan memaparkan dokumen-dokumen yang boleh dimuat-turun oleh pengguna sama ada pengguna dalaman ataupun luaran. Hal ini akan menjimatkan masa bagi pengguna untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Paparan takwim aktiviti MAMPU juga boleh didapati daripada portal rasmi ini dan ianya boleh dijadikan sebagai peringatan ataupun pemberitahuan kepada para pengguna tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak MAMPU.
Selain itu, Portal MyGovUC 2.0 ini juga mempunyai paparan log masuk bagi menyokong fungsi Single Sign-On (SSO). Fungsi Single Sign-On (SSO) juga turut diimplementasikan pada portal MyGovUC 2.0.