MENGENAI MyGovUC

MyGovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.

MENGAPA MyGovUC DILAKSANAKAN?

MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC.

JAMINAN TAHAP PERKHIDMATAN MyGovUC

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC adalah 99.9 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.